Friday, November 14, 2008

Karektor Wanita Berdasar hari Lahir..

Karektor wanita berdasarkan hari lahirnya Balas dengan kutipan
Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam,khususnya dlm
masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yg
baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab
Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu tika dahulu amat sukar dicari.
Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yg arif
mengenainya. Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan

bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat
wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.
>


> ISNIN
>

> Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik,
> berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan.
> Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi
> pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan
> kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu
> mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan
> kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang
> membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.
>
>
> SELASA
>

> Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi
menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila
> tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras
> dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta
> pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu
saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia
> juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia
pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka
dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.


>

> RABU
>

> Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat
> lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan,
> pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan
> teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, pandai simpan rahsia,
> tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang,
kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2
> tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya.
> Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.
> Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.
> Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai
> berasmara.


>
> KHAMIS
>

> Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat,
dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika
> bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain
walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka
> menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah
terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia
> pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk
> pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya
> tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.



>

> JUMAAT
>

> Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.
>Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka
> melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai
> simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal
kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak
> mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat
> teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak
> suka dipaksa.


>

> SABTU
>

> Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka
bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam
banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai
> cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan
dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan.
> Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin,
> tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2
dan dilakukan dengan kelembutan.


>

> AHAD
>

> Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan
> menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka
> merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar
> nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi
> tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi
sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin
> berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros.
> Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari
jalan lain.

2 comments:

Leenoh said...

Assalammualaikum.
Saya membaca tajuk yang anda paparkan itu, di mana kata anda diambil dari Kitab Tajul Muluk,memang benar kata anda buku ini sebagai pengetahuan dan pembacaan semata-mata.

Itulah selayaknya kerana buku ini telah diharamkan oleh Jabatan Agama Islam bagi sesetengah negeri kerana terdapat perkara yang khurafat di dalamnya. Bertambah lagi buku ini tiada pengarangnya, ditakuti kandungannya diresapi pengaruh Yahudi tetapi yang jelas ialah terkandung banyak perkara khurafat yang boleh memesongkan aqidah orang Islam yang membacanya.

Wallahu aa'lam bissowab. Wassalam.

shyfull-zal said...

ermmm..sy tidak minta sesiapa percaya pung dgn kandungannya..maybe sbg hiburan..terpulang pd individu..